Seni penyembuhan datangnya dari alam semulajadi bukan dari seorang doktor. Maka, seorang doktor perlu bermula dari alam semulajadi, dengan minda yang terbuka - Philipus Aureolus Paracelcus



Monday, December 6, 2010

Suku Kaum Iranun

Selain daripada daerah Kota Belud, suku kaum Iranun yang dianggap suku etnik minoriti di Sabah ini juga didapati menetap di daerah Tungku, Lahad Datu, Kudat dan Kota Kinabalu. Di daerah Kota Belud, kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Marabau, Payas-Payas, Marampayan, Kulambai, Liang, Tg Batu, Umpul, Kawa-Kawa, Birabiraan dan Kota Bongan adalah di antara kampung yang banyak didiami oleh orang-orang Iranun.  Perkataan Iranun bermaksud berkasih-kasihan yang mungkin merujuk kepada sikap dan amalan kerjasama atau goyong-royong yang dipegang oleh kaum ini.   Suku kaum Iranun mempunyai adat resam dan budaya yang tersendiri, sebagai contoh ritual kaum Iranun semasa upacara pengkebumian adalah unik dan masih diamalkan sehingga ke hari ini.  Blog adatiranun.blogspot.com menerangkan tentang ritual ini secara terperinci.  Masyarakat Iranun mempunyai dialek atau bahasa yang tersendiri dikenali sebagai basa Iranun. Bahasa Iranun ini digolongkan dalam kumpulan bahasa Hesperonesia, iaitu salah satu kumpulan keluarga bahasa Austronesia (Encyclopedia of World Culture, 1993: 101). 

Selain menjadi satu ruangan untuk mempromosi dan memasarkan produk minyak kelapa dara, blog ini juga ingin berkongsi bahasa Iranun dengan pembaca serta pelanggan.  Produk Aiwana Cocos dikeluarkan di Kampung Kaguraan, Kota Belud.  

Pakaian Tradisional Iranun
Pakaian tradisional Iranun sekali pandang hampir sama dengan pakaian tradisional suku kaum Bajau, malah aksesori kepala yang digunakan juga hampir serupa.  Apa yang membezakan pakaian tradisional kedua-dua kaum adalah jenis dan corak tenunan kain yang digunakan. Kain dan corak tradisional kaum Iranun dipanggil 'langkit' . Kini, kain langkit semakin jarang digunakan dan lazimnya hanya kelihatan semasa upacara-upacara rasmi kaum Iranun, seperti perkahwinan.   Kain tenunan juga sering digunakan oleh kaum-kaum lain di Sabah sebagai tubau atau dastar yang merupakan kain penutup kepala (tradisional headgear).  Perbezaan diantara satu kaum dengan yang lain adalah cara melipat kain tersebut dan corak kain yang ditenun.  Ada yang mengatakan kepakaran menenun kain diterajui oleh suku kaum Iranun, yang kemudiannya dipelajari oleh kaum-kaum lain di Sabah dan digunakan untuk menenun corak kain tradisional masing-masing.

Langkit pada bahagian atas kotak produk Minyak Kelapa Dara Aiwana Cocos
Corak langkit diabadikan pada kotak produk minyak kelapa dara Aiwana Cocos untuk mengingati motif corak tenunan Iranun yang unik ini.

Sunday, December 5, 2010

Proses Pembuatan Minyak Kelapa Dara

Kami menawarkan sesi belajar membuat minyak kelapa dara, di dalam suasana kampung, kepada sesiapa yang berminat.  Setiap sesi dijangka memakan masa 3-4 jam.  Semasa sesi belajar, peserta atau pelancong akan berpeluang mempelajari cara-cara memproses minyak kelapa dara daripada asas hinggalah minyak siap dibotolkan.  Namun, disebabkan jadual pemprosesan kami yang agak ketat, kami mohon dimaklumkan sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh sebenar.  Setiap peserta/pelancong akan*:

  • Diajar cara-cara memilih buah kelapa yang sesuai
  • Diajar cara-cara mengupas & membelah kelapa secara tradisional
  • Diajar cara-cara memarut kelapa secara tradisional
  • Diajar cara-cara memproses kelapa parut menjadi minyak kelapa dara
  • Dibawa melawat pengusaha kraf tradisioanal Kota Belud
  • Diberi peluang merasa makanan tradisional Kota Belud
  • Menerima cenderahati produk Minyak Kelapa Dara Aiwana Cocos
Untuk maklumat lanjut, hubungi dedaunresources@yahoo.com

Nota:  Yuran tidak termasuk pengangkutan pergi & balik daripada bengkel, dan juga penginapan.  Bagaimanapun, kami bersedia membantu, jika diperlukan.

Peluang Perniagaan

Mencari Ejen-Ejen di Seluruh Malaysia!


Pertanyaan daripada individu atau syarikat yang serius dan berminat adalah sangat dialu-alukan.  Harga borong adalah berpatutan . Kami juga boleh menyediakan khidmat contract manufacturing untuk anda.  Anda sediakan bahan pempungkusan, kami sediakan minyak kelapa dara.  Emel pertanyaan anda kepada: dedaunresources@yahoo.com

Asid Laurik - Bahan Ajaib

Asid Laurik merupakan komponen asid lemak rantaian sederhana yang terbesar terkandung di dalam minyak kelapa dara.  Apabila diminum, asid ini ditukarkan menjadi monolaurin di dalam badan.  Asid Laurik terdapat secara semulajadi di dalam lemak tepu susu ibu.  Monolaurin melindungi bayi daripada jangkitan penyakit dan membantu membina sistem imunisasi badan bayi.

Monolaurin adalah sejenis monoglyceride dan mempunyai bahan anti-bakteria, anti-kulat, anti-viral, anti-protozoal dan anti-mikrob.

Minyak kelapa dara adalah hadiah daripada alam semulajadi, kerana selain daripada susu ibu, asid laurik wujud dalam peratusan kandungan yang tertinggi di dalam minyak kelapa dara.  Disebabkan oleh kandungan asid lauriknya yang tinggi, ada yang menganggap minyak kelapa dara sebagai antibiotik semulajadi. 

Saturday, December 4, 2010

Kota Belud


Tamu Kota Belud
Sumber: visit-malaysia.com


Suku Kaum Bajau Berkuda
Sumber: lifeinborneo.com
Terletak di Pantai Barat Utara Sabah, Kota Belud adalah di antara daerah yang paling dekat dengan Bandar Kota Kinabalu, iaitu hanya lebih kurang 70km perjalanan menaiki kereta. Mereka yang menuju ke arah utara Sabah seperti Kota Marudu, Pitas atau Kudat, biasanya akan singgah di Pekan KB samada untuk bersarapan pagi atau makan tengahari.  Perjalanan dari Kota Kinabalu ke utara Sabah memakan masa  hampir 3 jam.  Jadi, lokasi KB yang terletak di pertengahan amat strategik.

Daerah Kota Belud berkeluasan 1,350.60 km persegi dan terdiri daripada 168 buah kampung.

Menurut cerita, di dalam bahasa suku kaum Bajau, perkataan Kota bermakna Kubu Pertahanan dan Belud bermakna Bukit.  Nama tersebut wujud apabila dulunya sering berlaku permusuhan di antara suku kaum yang hidup di daerah ini, yang telah memaksa setiap kaum membina kubu pertahanan masing-masing.

Umumnya, Kota Belud lebih dikenali oleh Tamu Kota Belud dan Bajau Berkuda (Bajau Horsemen).  Sebenarnya daerah ini adalah lebih dari itu.   Terdapat banyak perkara menarik mengenai daerah ini serta budaya pelbagai kaum yang hidup di sini yang kurang diketahui.

Industri Kelapa di Sabah

Pokok kelapa sering kelihatan tumbuh meliar di sepanjang pesisir pantai Negeri Sabah.  Pasir yang putih, pantai yang luas serta pokok-pokok kelapa yang tumbuh tidak bertuan adalah suatu pemandangan yang biasa dan dijangka di kebanyakan daerah atau kampung-kampung di tepi pantai negeri ini.  Suatu ketika dulu, kelapa merupakan salah satu tanaman pilihan bagi sektor pertanian di Sabah, terutama daerah-daerah utara seperti Kota Marudu, Pitas dan Kudat.  Namun, pulangan lumayan yang boleh didapati daripada tanaman kelapa sawit lambat laun telah mengambil-alih hampir kesemua ladang kelapa di Sabah, sehinggalah perusahaan minyak kelapa dara menarik minat segelintir pengusaha IKS di negeri ini.


Populariti minyak kelapa dara yang semakin bertambah djangka akan menarik perhatian peladang tempatan agar kemabli memberi tumpuan serius terhadap tanaman kelapa di Sabah.

Perusahaan minyak kelapa dara yang semakin rancak sejak 5 tahun kebelakangan ini telah mengembalikan semula perhatian peladang terhadap tanaman kelapa yang sebelum ini semakin dilupakan.

Minyak kelapa dara walaupun hanya lah sejenis minyak, yang malah boleh digunakan untuk memasak, namun ciri-ciri minyak kelapa dara yang kaya dengan asid laurik menjadikannya semakin diminati oleh wanita dan lelaki, terutama yang mengambil berat tentang kesihatan dan kaedah pencegahan penyakit secara semulajadi.  Asid laurik wujud secara semulajadi di dalam air susu ibu dan diperakui amat penting untuk membina sistem imunisasi seorang bayi, terutama yang baru lahir.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...