Seni penyembuhan datangnya dari alam semulajadi bukan dari seorang doktor. Maka, seorang doktor perlu bermula dari alam semulajadi, dengan minda yang terbuka - Philipus Aureolus Paracelcus



Monday, December 6, 2010

Suku Kaum Iranun

Selain daripada daerah Kota Belud, suku kaum Iranun yang dianggap suku etnik minoriti di Sabah ini juga didapati menetap di daerah Tungku, Lahad Datu, Kudat dan Kota Kinabalu. Di daerah Kota Belud, kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Marabau, Payas-Payas, Marampayan, Kulambai, Liang, Tg Batu, Umpul, Kawa-Kawa, Birabiraan dan Kota Bongan adalah di antara kampung yang banyak didiami oleh orang-orang Iranun.  Perkataan Iranun bermaksud berkasih-kasihan yang mungkin merujuk kepada sikap dan amalan kerjasama atau goyong-royong yang dipegang oleh kaum ini.   Suku kaum Iranun mempunyai adat resam dan budaya yang tersendiri, sebagai contoh ritual kaum Iranun semasa upacara pengkebumian adalah unik dan masih diamalkan sehingga ke hari ini.  Blog adatiranun.blogspot.com menerangkan tentang ritual ini secara terperinci.  Masyarakat Iranun mempunyai dialek atau bahasa yang tersendiri dikenali sebagai basa Iranun. Bahasa Iranun ini digolongkan dalam kumpulan bahasa Hesperonesia, iaitu salah satu kumpulan keluarga bahasa Austronesia (Encyclopedia of World Culture, 1993: 101). 

Selain menjadi satu ruangan untuk mempromosi dan memasarkan produk minyak kelapa dara, blog ini juga ingin berkongsi bahasa Iranun dengan pembaca serta pelanggan.  Produk Aiwana Cocos dikeluarkan di Kampung Kaguraan, Kota Belud.  

Pakaian Tradisional Iranun
Pakaian tradisional Iranun sekali pandang hampir sama dengan pakaian tradisional suku kaum Bajau, malah aksesori kepala yang digunakan juga hampir serupa.  Apa yang membezakan pakaian tradisional kedua-dua kaum adalah jenis dan corak tenunan kain yang digunakan. Kain dan corak tradisional kaum Iranun dipanggil 'langkit' . Kini, kain langkit semakin jarang digunakan dan lazimnya hanya kelihatan semasa upacara-upacara rasmi kaum Iranun, seperti perkahwinan.   Kain tenunan juga sering digunakan oleh kaum-kaum lain di Sabah sebagai tubau atau dastar yang merupakan kain penutup kepala (tradisional headgear).  Perbezaan diantara satu kaum dengan yang lain adalah cara melipat kain tersebut dan corak kain yang ditenun.  Ada yang mengatakan kepakaran menenun kain diterajui oleh suku kaum Iranun, yang kemudiannya dipelajari oleh kaum-kaum lain di Sabah dan digunakan untuk menenun corak kain tradisional masing-masing.

Langkit pada bahagian atas kotak produk Minyak Kelapa Dara Aiwana Cocos
Corak langkit diabadikan pada kotak produk minyak kelapa dara Aiwana Cocos untuk mengingati motif corak tenunan Iranun yang unik ini.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...