Kami menawarkan sesi belajar membuat minyak kelapa dara, di dalam suasana kampung, kepada sesiapa yang berminat. Setiap sesi dijangka memakan masa 3-4 jam. Semasa sesi belajar, peserta atau pelancong akan berpeluang mempelajari cara-cara memproses minyak kelapa dara daripada asas hinggalah minyak siap dibotolkan. Namun, disebabkan jadual pemprosesan kami yang agak ketat, kami mohon dimaklumkan sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh sebenar. Setiap peserta/pelancong akan*:
- Diajar cara-cara memilih buah kelapa yang sesuai
- Diajar cara-cara mengupas & membelah kelapa secara tradisional
- Diajar cara-cara memarut kelapa secara tradisional
- Diajar cara-cara memproses kelapa parut menjadi minyak kelapa dara
- Dibawa melawat pengusaha kraf tradisioanal Kota Belud
- Diberi peluang merasa makanan tradisional Kota Belud
- Menerima cenderahati produk Minyak Kelapa Dara Aiwana Cocos
Untuk maklumat lanjut, hubungi dedaunresources@yahoo.com
Nota: Yuran tidak termasuk pengangkutan pergi & balik daripada bengkel, dan juga penginapan. Bagaimanapun, kami bersedia membantu, jika diperlukan.
No comments:
Post a Comment