Seni penyembuhan datangnya dari alam semulajadi bukan dari seorang doktor. Maka, seorang doktor perlu bermula dari alam semulajadi, dengan minda yang terbuka - Philipus Aureolus Paracelcus



Saturday, December 4, 2010

Kota Belud


Tamu Kota Belud
Sumber: visit-malaysia.com


Suku Kaum Bajau Berkuda
Sumber: lifeinborneo.com
Terletak di Pantai Barat Utara Sabah, Kota Belud adalah di antara daerah yang paling dekat dengan Bandar Kota Kinabalu, iaitu hanya lebih kurang 70km perjalanan menaiki kereta. Mereka yang menuju ke arah utara Sabah seperti Kota Marudu, Pitas atau Kudat, biasanya akan singgah di Pekan KB samada untuk bersarapan pagi atau makan tengahari.  Perjalanan dari Kota Kinabalu ke utara Sabah memakan masa  hampir 3 jam.  Jadi, lokasi KB yang terletak di pertengahan amat strategik.

Daerah Kota Belud berkeluasan 1,350.60 km persegi dan terdiri daripada 168 buah kampung.

Menurut cerita, di dalam bahasa suku kaum Bajau, perkataan Kota bermakna Kubu Pertahanan dan Belud bermakna Bukit.  Nama tersebut wujud apabila dulunya sering berlaku permusuhan di antara suku kaum yang hidup di daerah ini, yang telah memaksa setiap kaum membina kubu pertahanan masing-masing.

Umumnya, Kota Belud lebih dikenali oleh Tamu Kota Belud dan Bajau Berkuda (Bajau Horsemen).  Sebenarnya daerah ini adalah lebih dari itu.   Terdapat banyak perkara menarik mengenai daerah ini serta budaya pelbagai kaum yang hidup di sini yang kurang diketahui.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...